Sabtu, 11 Januari 2014

KALAU AKU BUAT DOSA


  •    Aku akan diharamkan daripada mendapat ilmu yang bermanfaat.
  •    Aku pasti sentiasa murung dan akan wujud keresahan dalam hati.
  •    Segala urusan yang aku lalui setiap hari pasti dihurung kesusahan dan kepayahan.
  •     Perkara ketaatan diharamkan daripada diriku.
  •    Aku diharamkan daripada mendapat keberkatan.
  •    Terasa sempitnya dadaku.
  •    Aku terus bergelumang dengan pelbagai perkara buruk lagi.
  •    Dosa dan maksiat itu menjadi kebiasaan bagiku.
  •    Sedihnya apabila Allah menghina diriku ini.
  •    Hatiku bertambah pedih ketika manusia lain memandang hina kepadaku.
  •    Bahkan, binatang ternakan turut melaknatiku.
  •    Hanya kehinaan yang layak buat diriku.
  •    Hatiku depenuhi dengan titik-titik hitam.
  •    Aku diselebungi kelaknatan.
  •    Doa aku terhijab dan terhalang daripada dimakbulkan.
  •    Aku tidak lagi mengecapi kebahagiaan.
  •    Perisai malu tidak lagi bertahan dalam diriku.
  •    Tanpa disedari, nikmat yang ada telah ditarik oleh Allah.
  •    Diri aku sudah tentu dibaluti persaan takut yang tidak terperi.
  •    Aku mampu ditawan oleh syaitan dengan mudah.
  •    Pengakhiran hidupku sudah tentu dalam keadaan buruk.
  •    Akhirnya, azab dan seksaan Allah menantiku di akhirat.
  •     Ya Allah, aku ingin bertaubat...Aku menyesal atas segala dosa dan maksiat yang telah aku lakukan...

Rujukan : Ibn al-Qayyim, al-Da’wa al-Dawa’
Petikan : Majalah Solusi ( Isu No.46 )

Tiada ulasan: