Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Tahun Baru dan Kembali ke Sekolah

Assalamu'alaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Hari ini telah masuk tahun baru. Apakah azam pengunjung blog saya? kalau sudi komen di entri ini. Setelah pelbagai suka dan duka sepanjang 2013, kini 2014 muncul sebagai permulaan baru untuk azam atau matlamat. Saya berharap pada tahun ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara saya dengan pengunjung blog, berubah demi masa depan dan sebagainya.




Bagi yang bersekolah saya ingin mengucapkan kembali ke sekolah dengan azam yang baru, menumpukan pelajaran semasa cikgu sedang mengajar dan berusaha meningkatkan prestasi dari segi rohani serta jasmani. Sampai di sini sahaja entri saya pada hari ini.

Wassalam.

Tiada ulasan: