Assalamu'alaikum dan salam sejahtera
Sejak beberapa hari ini, jerebu semakin meningkat di kebanyakan kawasan. Apakah punca jerebu? Seperti biasa, kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi punca. Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatea pada 15 Jun 2013.
Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk ke semenanjung dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.
Ini juga membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.. Hanya Hujan lebat atau ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan. Tempoh hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.
Adakalanya adalah tidak adil untuk terus menuduh aktiviti pembakaran terbuka sebagai punca kerana musim kemarau dan kepanasan bumi di tanah gambut di sana mampu menyebabkan kebakaran dengan sendirinya. Ini juga berlaku di beberapa kawasan dalam negeri Johor, Melaka dan Selangor.
Oleh itu, kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini. Antaranya:
Oleh itu, kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini. Antaranya:
- Mengeluarkan perintah penutupan semua pejabat sama ada kerajaan dan swasta dan lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, pembinaan dan kuari.
- Menentukan semua sekolah ditutup.
- Menghadkan pengurangan penggunaan kenderaan persendirian.
- Menentukan pemberhentian kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah.
- Menentukan penyebaran maklumat Indeks Pencemaran Udara (IPU) kepada media massa dijalankan seberapa kerap.
- Penguatkuasaan pengharaman pembakaran secara terbuka.
Bagaimanapun, langkah penutupan yang dikuatkuasa itu tidak membabitkan:- Kedai-kedai yang menjual barang-barang makanan dan minuman, pasar dan pasar raya
- Klinik, farmasi dan kedai-kedai ubat
- Perkhidmatan-perkhidmatan perlu.
Sekian, terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan