Assalamu'alaikum dan salam sejahtera
Hari ini saya ingin review novel hero sempena hari bapa kerana bagi saya jasa seorang bapa begitu banyak dalam membesarkan anak-anak.
Sinopsis belakang novel :
Hero. Seorang perwira yang muncul di kota raya Angsana semenjak dua tahun yang lalu, bertindak sebagai penjaga kepada kota raya yang dibina oleh sepuluh jutawan Islam.
Syaitan Bertopeng, satu organisasi penjenayah yang berkuasa di kota raya Angsana menjadi musuh utama kepada Hero. Syaitan Bertopeng terus berjaya dalam gerak kerja mereka. Kini, enam daripada sepuluh jutawan Islam telah mati dan Hero percaya bahawa Syaitan bertopeng bertanggungjawab. Namun, dia tidak mampu mencari bukti dan penyelesaian.
Di tengah keserabutan jiwanya, muncul satu antagonis misteri menggoncangkan lagi suasana, Akuma. Ini menyebabkan Hero semakin terhimpit dan perjuangannya dirasakan sia-sia. Konflik bertambah dengan Amir Faheem, identiti sebenar Hero, terpaksa berkahwin dengan Afeefah Husna, seorang perempuan solehah untuk menyelamatkan harta warisan babanya. Amir Faheem terperangkap kerana dia adalah perokok egar dan seorang yang tidak mendirikan solat!
Apakah Hero mampu menyelamatkan kota raya Angsana yang dibina atas keimanan itu?? Apakah dia mampu menyelamatkan jiwanya??
Review saya :
Bagi saya novel ini membawa latar tempat ala-ala
Spiderman. Yang paling saya tabik ialah novel ini islamik! Hero atau Amir
Faheem [Afam] yang pada mulanya dia sesat, akihirnya dia ke arah kebenaran
setelah ditarbiyah oleh Pak Arbi [pembantu rumah], Mak Cik Amirah [adik
ayahnya], Mr. Umayer [pencipta sut Hero], dan paling istimewa sekali, Husna,
isterinya.
"Eh, kenapa dia di sini?" Afam itu bertanya.
"Ha, inilah dia, makcik kenalkan. Bakal isteri kamu, Afeefah Husna." Tubuhnya ditarik lembut mendekati Mak Cik Amirah.
Dia dapat melihat mata lelaki itu membesar.
Hatinya juga sudah tunggang terbalik.
"Husna, ini Amir Faheem."
Awal perkenalan sudah dimulakan dengan dua mata bertentang garang seakan mahu memancarkan sinar laser.
Amir Faheem terpaksa berkahwin dengan wanita yang solehah seperti Husna kerana jika tidak, seluruh harta pusaka ayahnya, Amir Muiz akan disedekahkan kepada anak yatim dan tidak boleh diceraikan. Mahu tidak mahu, Afam terpaksa menurut wasiat ayahnya. Pada awalnya, Husna tidak tahu pun yang suaminya adalah seorang Hero. Dia hanya tahu yang Afam ini suka berfoya-foya pada tengah malam. Padahal, Afam telah lama meninggalkan dunia maksiat itu demi membanteras korup. Afam terpaksa merahsiakan perkara ini daripada Husna kerana dia bimbang Husna akan menjadi buruan sang penjahat.
Husna tidak jemu-jemu menyuruh Afam menunaikan solat dan berhenti merokok. Akhirnya, Afam berubah menjadi Hero yang beriman dan kuat untuk menentang Syaitan Bertopeng dan konco-konconya bersama-sama Tengku Amiri, Inspektor Ikhwan, Tengku Saifullah, Saifullah dan lain-lain demi menjaga ummah di Kota Raya Angsana dan memahami apa tujuan arwah ayahnya menyuruhnya berkahwin dengan wanita solehah.
Dan hero yang sebenarnya ialah Rasulullah SAW.

Melalui novel ini pelbagai pengajaran yang boleh kita
ambil daripada novel ini ialah Islam itu adalah sesuatu yang mudah jikalau kita
memikirkannya ia adalah mudah. Buku ini telah membuatkan saya terasa bahawa
semua aktiviti seharian kita adalah berlandaskan Islam. Sejauh mana pun kita
telah terpesong, masih terdapat ruang untuk kita bertaubat dan kembali semula
ke pangkal jalan kerana Allah itu Maha Pengampun.
Hero ada aksi, ada cinta, ada komedi dan intipati yang paling penting adalah tarbiahnya. Saya syorkan pada pengunjung blog saya yang sukakan menjadi dirinya sebagai hero kepada seseorang supaya membaca novel ini.
Sekian, terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan