Selasa, 27 November 2012

Gembiranya

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

      Hari ini saya dan adik-beradik saya pergi menjemput ma dan ayah yang pulang pada hari ini. Kami pergi menaiki bas, LRT dan KLIA Ekspress. Kereta sudah dibawa oleh keluarga angkat saya beberapa hari sebelum itu. Pertama kali saya menaiki KLIA Ekspress berasa sangat seronok dan harga bagi dewasa RM35.00 dan RM15.00 bagi kanak-kanak  tetapi bagi yang nak murah naik bas baru harga RM10.00 dari KL Sentral.



Sekian, terima kasih


Selasa, 20 November 2012

Seorang lagi telah kembali ke rahmatullah

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

   

       Pada jam 5.26 petang saya mendapat satu mesej daripada su ( adik ma saya) memberitahu tok ayah ( ayah sebelah ma) meninggal dunia selepas beberapa hari di rumah. Kali terakhir saya melihat tok ayah bulan Jun semasa cuti sekolah. Beberapa tahun lepas,  opah ( emak sebelah ayah ) saya meninggal beberapa hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri. Saya ingin meminta jasa baik pengunjung blog saya sedekahkan Surah Yasin kepada Che Omar Bin Che Ahmad dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

Sekian, terima kasih

Sabtu, 17 November 2012

10 Perkara Yang Tidak Boleh Dikongsikan Di Facebook

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

     Cuti sekolah sudah bermula dan kebanyakkan pelajar sekolah tidak tahu hendak buat apa maka mereka buka laman 'Facebook' dan berbual di alam maya bersama teman  tetapi di sebalik kebaikan ada juga keburukan. Antara keburukannya ialah menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan, ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang.

      Selain itu, penggodam  mencari maklumat melalui perkongsian peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan identiti dan  untuk langkah berjaga-jaga saya ingin beritahu pengunjung blog saya 10 perkara yang tidak boleh  dikongsikan di facebook.

1. Tarikh lahir anda
Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti.
                                                                                                                                                                                                                      2. Nama ibu anda
Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.

3. Alamat rumah anda
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.”

4. Perjalanan jauh dari rumah
Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda, sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.

5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.

6. Gambar yang tidak sesuai
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.

7. Pengakuan atau kekecewaan
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.

8. Nombor telefon
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.

 9. Mengira detik percutian anda
Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.

10. Gambar di dalam rumah
Anda mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi.
sekian, terima kasih

Khamis, 15 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

     Sempena memasuki awal muharram 1434H kepada pengunjung blog saya dan segala amalan kita 1433H telah ditutup manakala amalan baru 1434H dicatat. Bagi perempuan berubahlah daripada  memakai pakaian yang tidak menutup aurat kepada menutup aurat iaitu hanya nampak muka dan tapak tangan manakala lelaki pula perbanyakkan amalan yang sedikit kepada banyak.

Sekian, terima kasih

Isnin, 12 November 2012

Rahsia Bulan Kelahiran

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

  Di sini saya ingin berkongsi artikel rahsia bulan kelahiran dan sama ada pengunjung blog saya percaya atau tidak. Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda,yang telah dijalankan olehYang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

(JANUARI)

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi



(FEBRUARI)


* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi



(MAC)


* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan



(APRIL)

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu



(MEI)

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros


(JUN)

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.



(JULAI)

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja



(OGOS)

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan



(SEPTEMBER)

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik



(OKTOBER)

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat


(NOVEMBER)

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


(DISEMBER)

Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Sekian, terima kasih

Sabtu, 10 November 2012

Resepi 4 : Sosej Kacang Panggang


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Pagi ini saya buat sosej kacang panggang daripada buku 1 Hari 1 Resepi ditulis oleh Chef Hanieliza tetapi saya tidak mengikut resepi 100% rasanya masih juga sedap.



CARA CHEF HANIELIZA
Bahan:~ 
1 tin kacang panggang  
10 batang sosej (dipotong pendek)
1 sudu makan minyak masak 
1/2 cawan sos tomato 
1 tin cendawan butang (dihiris)
1 biji capsium merah*
1 biji capsum hijau*
1 labu bawang besar*
garam secukup rasa

semua yang bertanda '*' dipotong dadu


Cara membuat:~ 
  1. Masukkan sosej dan gorengkan sehingga garing.
  2. Masukkan sos tomato dan cendawan butang. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan kacang panggang, capsium merah dan hijau. Gaul sehingga rata.
  4. Hidangkan bersama roti bakar ataupun roti bawang (garlic bread)


  5. CARA AS
    Bahan:~
    1 tin kacang panggang
    15 batang sosej (dipotong pendek) - saya tambah sebab ada ahli keluarga saya suka makan sosej
    2 sudu makan minyak masak
    1/2 cawan sos tomato
    garam secukup rasa
Cara membuat:~
  1. Panaskan minyak. Masukkan sosej dan goreng sehingga garing atau masak.
  2. Masukkan sos tomato, cendawan butang dan kacang panggang. Gaul sehingga rata.
  3. Letak sosej kacang panggang di tengah dan makan. (saya tak ada roti bakar ataupun roti bawang jadi saya guna roti Gardenia)
Sekian, terima kasih

Jumaat, 9 November 2012

Resepi 3 : Sotong Masak Lada Hitam

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

    Lauk tengah hari saya sotong masak lada hitam daripada buku 1 Hari 1 Resepi ditulis oleh Chef Hanieliza dan bagi sesiapa yang tak tahan pedas kurangkan lada hitam atau sos lada hitam.



 Bahan A:~ 
300 gram sotong (dipotong kecil)
1 labu bawang besar (dipotong gelang)
3 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk kasar)
1 pokok daun bawang (sekiranya perlu)

Bahan B (Bagi Menumis):~
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1biji cili merah

Cara Membuat:~
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga layu.
  2. Masukkan sotong, lada hitam, bawang besar dan sos lada hitam.
  3. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  4. Tutupkan api dan taburkan daun bawang.
  5. Sedia dihidangkan.
Sekian, terima kasih

Sabtu, 3 November 2012

Apa Itu Sifat-sifat Mazmumah

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

    Saya rasa ramai yang tidak tahu apa itu sifat-sifat mazmumah dalam kehidupan  dan di sini saya ada 10 sifat mazmumah yang ingin saya kongsikan. A.rtikel ini dipetik daripada DARA.COM keluaran November2006.

   1. Banyak makan
  •  Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah.
  2. Banyak bercakap
  • Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu.
  3. Pemarah
  • Iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan.
  • Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan dicerobohi hak-haknya.
  • Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar.
  4.Hasad dengki
  • Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah padanya.
  • Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang Allah S.W.T kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.   
  • Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan  hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.
  5. Kedekut
  • Iaitu menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama.
  • Nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki  oleh Allah S.W.T.
  • Lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.
  6. Kasihkan Kemegahan
  • Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.
  • Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaa pangkat dan kebesaran.
  7. Kasihkan Dunia
  • Iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yan tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat. 
  • Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat.
  • Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah.
  • Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah satu kesalahan.
  8. Sombong 
  • Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.
  • Orang yang takbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkatnya.
  • Sifat takbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.
  9. Bangga diri
  • Iaitu merasai atau menyangka dirinya lebih sempurna.
  • Orang yang bersifat 'ujub' adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
  • Dengan itu, maka timbullah perasaaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa iap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
  10. Menunjuk-nunjuk
  • Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribah kepada Allah semata-mata.
  • Orang yang riak adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyipang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.
Sumber : Majalah Dara.com, Edisi November 2006

Sekian, terima kasih