Assalamu'alaikum dan salam sejahtera
Pagi ini saya buat sosej kacang panggang daripada buku 1 Hari 1 Resepi ditulis oleh Chef Hanieliza tetapi saya tidak mengikut resepi 100% rasanya masih juga sedap.
CARA CHEF HANIELIZA
Bahan:~
1 tin kacang panggang
10 batang sosej (dipotong pendek)
1 sudu makan minyak masak
1/2 cawan sos tomato
1 tin cendawan butang (dihiris)
1 biji capsium merah*
1 biji capsum hijau*
1 labu bawang besar*
garam secukup rasa
semua yang bertanda '*' dipotong dadu
Cara membuat:~
- Masukkan sosej dan gorengkan sehingga garing.
- Masukkan sos tomato dan cendawan butang. Kacau rata.
- Kemudian masukkan kacang panggang, capsium merah dan hijau. Gaul sehingga rata.
- Hidangkan bersama roti bakar ataupun roti bawang (garlic bread)
CARA AS
Bahan:~
1 tin kacang panggang15 batang sosej (dipotong pendek) - saya tambah sebab ada ahli keluarga saya suka makan sosej
2 sudu makan minyak masak
1/2 cawan sos tomato
garam secukup rasa
Cara membuat:~
- Panaskan minyak. Masukkan sosej dan goreng sehingga garing atau masak.
- Masukkan sos tomato, cendawan butang dan kacang panggang. Gaul sehingga rata.
- Letak sosej kacang panggang di tengah dan makan. (saya tak ada roti bakar ataupun roti bawang jadi saya guna roti Gardenia)
Sekian, terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan