Assalamu'alaikum dan salam sejahtera
Cuti sekolah sudah bermula dan kebanyakkan pelajar sekolah tidak tahu hendak buat apa maka mereka buka laman 'Facebook' dan berbual di alam maya bersama teman tetapi di sebalik kebaikan ada juga keburukan. Antara keburukannya ialah menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan, ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang.
Selain itu, penggodam mencari maklumat melalui perkongsian peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan identiti dan untuk langkah berjaga-jaga saya ingin beritahu pengunjung blog saya 10 perkara yang tidak boleh dikongsikan di facebook.
1. Tarikh lahir anda
Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti.
2. Nama ibu anda
Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.
3. Alamat rumah anda
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.”
4. Perjalanan jauh dari rumah
Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda, sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.
5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.
6. Gambar yang tidak sesuai
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.
7. Pengakuan atau kekecewaan
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.
8. Nombor telefon
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.
9. Mengira detik percutian anda
Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.
10. Gambar di dalam rumah
Anda mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi.
sekian, terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan