Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Tinggal 2012

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

       Pada tahun ini banyak kenangan pahit manis sepanjang berada di samping keluarga tersayang dan kawan yang disayangi. Saya ingin meminta maaf kepada pengunjung blog saya jikalau ada yang tidak suka dengan gaya penulisan saya. Saya juga ingin  mengucapkan selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013. Semoga pada tahun 2013 ini banyak yang dapat saya kongsikan ilmu kepada pengunjung blog saya.

Sekian, terima kasih

Selasa, 25 Disember 2012

5 Warna Menyihatkan

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

    Ramai yang tidak sedar pemakanan seharian kita dipengaruhi oleh warna. Mungkin pelik tetapi itulah hakikatnya. Sekiranya diperhatikan warna sayur-sayuran yang dimakan bukan sahaja terhad kepadawarna hijau tetapi juga berwarna oren, kuning ataupun ungu. Begitu juga dengan warna-warna makanan yang lain.

    Bagaimanapun, setiap warna mempunyai khasiat yang berbeza dan untuk mendapatkan kesihatan yang menyeluruh, pakar pemakanan telah menyarankan agar kita mengambil makanan daripada pelbagai warna. Pinggan makanan kita seharusnya berwarna-warni seperti pelangi.

    Pengambilan buah serta sayur berwarna sebanyak lima hidangan adalah sangat penting untuk pola hidup yang sihat. Kelebihannya ialah dapat memberikan pelbagai  nutrisi seperti vitamin, mineral, serat dan fitokimia yang akan digunakan oleh badan.

    Selain itu, ia juga berkepentingan untuk melindungi tubuh daripada kesan penuaaan serta mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

    Mungkin kita sendiri pernah mendengar kelebihan sayur hijau untuk kesihatan tetapi kita tidak sedar sayur-sayuran berwarna yang lain juga turut kaya dengan nutrisi. Sayur-sayuran biru, ungu, merah, kuning, putih, coklat dan juga putih juga baik untuk kesihatan.

    Fitokimia (zat yang memberikan warna pada buah dan sayuran) yang terkandung di dalamnya bukan sahaja dapat melindungi tumbuhan, tetapi juga memberikan manusia perlindungan daripada pelbagai penyakit sama ada kanser, anti-penuaan, penyakit jantung, gangguan penglihatan dan sebagainya.

    Disebabkan buah dan sayuran berwarna mengandung ratusan jenis fitokimia yang berbeza, tidak ada satu kelompok warna yang mempunyai fungsi lebih lengkap. Oleh itu, pengambilan semua kelompok warna seperti biru atau ungu, hijau putih, kuning, atau jingga dan merah dapat memberikan perlindungan kesihatan yang meluas.

     Kelebihan fitokimia sememangnya tiada di dalam mana-mana suplemen. Cara terbaik ketika merancang untuk memasak ialah mengingati warna-warna pelangi ataupun aneka warna. Sudah pasti anda dapat kelebihan dari rangkaian unik fitokimia, vitamin, mineral dan serat penting.

1. Biru atau ungu
 Buah-buahan dan sayur-sayuran warna biru atau ungu mengandungi pelbagai jenis fitokimia yang sememangnya bermanfaat untuk kesihatan sepanjang anthocyanins yang dapat memperbaiki sirkulasi darah, menguatkan retina dan penglihatan. Ia juga mengandungi phenolocs. Kepentingannya adalah untuk antioksidan dan anti-penuaan. Antara yang tergolong dari kumpulan ini ialah anggur, blueberry, mulberry, asparagus ungu, blackberry, kismis, kobis ungu, buah plum serta terung.

 Kelebihanya juga ialah : 

  • mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
  • menjaga kesihatan saluran.
  • menjaga fungsi ingatan.
  • pertambahahan usia secara sihat.

2.Kuning atau jingga 
 Jadikan kumpulan ini sebagai sebahagian daripada makanan harian anda. Buah-buahan dan sayur-sayuran kuning mengandungi pelbagai jumlah dan jenis antioksida seperti vitamin C, carotenoids dan bioflavonoids. Ia adalah dua tahap fitokimia yang sangat berpotensi untuk kesihatan.

 Antara yang tergolong dalam kumpulan ini ialah aprikot, jagung, limau, limau bali, labu parang, lemon, mangga, markisa, tembikai kuning, nenas, nangka, betik, pic dan pear kuning.

 Kepentingan kumpulan kuning atau jingga ialah :

  • kesihatan janggung.
  • kesihatan penglihatan.
  • baik untuk sistem imun dalam badan.
  • menurunkan risiko beberapa jenis kanser.

3.Merah

   Sayur dan buah daripada kumpulan merah mengandungi karotenoid ( warna merah berasal daripada likopen). Ia adalah bahan antioksida yang berkhasiat serta dapat meneutralkan radikal bebas yang menganggu DNA pada sel. Hasil aripada penyelidikan juga telah mendapati kumpulan buah dan sayuran berwarna merah mengandung fitokimia khusus yang bermanfaat bagi kesihatan, seperti lycopene dan anthocyanins.

 Sayur dan buah yang terdiri daripada kumpulan ini ialah epal merah, bawang merah, bit merah, buah delima, ceri, limau bali, tomato, kobis merah, pear merah, strawberi dan tembikai merah.

 Antara khasiatnya yang lain ialah :

  • Kesihatan jantung.
  • Fungsi ingatan.
  • Menurunkan risiko beberapa jenis kanser.
  • Kesihatan kandungan.

4.Hijau
 Buah dan sayuran hijau mengandung banyak fitokimia seperti lutein dan indoles yang menarik. Ia juga mengandungi klorofil yang sememangnya diketahui kaya dengan antioksida dan mempunyai kemampuan membersihkan darah.

 Antara yang terdapat dalam kumpulan hijau ialah avokado, epal hijau anggur hijau, asparagus, bayam, brokoli, kacang buncis, daun bawang, limau, kacang hijau, kacang panjang buah kiwi, kobis hijau, mentimun, labu siam, buah pear, sawi, rumpai laut, kailan, daun betik, dan juga saderi.

 Kelebihannya juga ialah :
  • Mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
  • Menjaga kesihatan penglihatan.
  • Menguatkan tulang dan gigi.

5.Putih
 Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna putih, kecoklatan dan coklat juga mempunyai khasiat tersendiri. Ia biasanya mengandungi pelbagai jumlah fitokimia yang bermanfaat untuk kesihatan anda. Umpamanya ialah allicin yang banyak ditemui di dalam keluarga bawang.

 Antaranya ialah buah kurma, pic, bunga kobis, bawang putih, bawang bombay, sengkuang, halia, cendawan, lengkuas, lobak, pisang, pear dan ubi putih.

 Kelebihan buah dan sayur dari kumpulan putih juga ialah :
  • Menjaga kesihatan jantung.
  • Menjaga tahap kolesterol yang sudah baik.
  • Mengurangkan risiko sejumlah jenis kanser.

Sumber : Majalah Aniqah, Edisi Januari 2009, Bil 38

Sekian, terima kasih

Ahad, 23 Disember 2012

Tip Memilih Fabrik Tudung

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera
   
     Biasanya kita jarang mengambil berat tentang fabrik atau material tudung yang kita pakai hari-hari. Kita senang menjaga penampilan dan pantang melihat 'selekeh'. Tetapi tahukah anda jenis kain yang dipakai juga boleh mempengaruhi penampilan tudung? Di sini saya ingin berkongsi tip memih fabrik tudung.

ihsan daripada google

1. Fabrik kapas
- Amat selesa dipakai dengan keadaan cuaca panas di negara ini kerana ia mudah menyerap peluh. Tetapi dengan sifatnya yang agak tebal menyebakan kreativiti anda agak terbatas untuk membentuk pelbagai gaya.

2.  Sutera
 - Menarik dan sesuai dipakai kerana teksturnya yanglembut dan tidak tebal. Mudah dibentuk dalam pelbagai gaya  dan boleh dipakai sehari-hari dalam apa jua majlis, terutama ketika menghadiri acara formal kerana ia nampak mewah. Bagaimanapun, sifatnya yang lembut menyebabkan mudah kusut, luntur dan berkedut. Harus lebih berhati-hati ketika memakainya agar tidak cepat rosak.

3. Polyster
 - Satu yang menarik tentang fabrik ini ia tidak akan mudah kusut, jadi sesuai dan selesa dipakai sehari-hari. Mengendalikannya (membasuh) juga amat mudah. Namun agak sukar untuk membentuk gayanya kerana tekstur kain cenderung 'keras' dan sedikit licin.

4. Rayon
 - Mudah dipakai, nampak kasual dan cantik digayakan sehari-hari. Tetapi teksturnya yang lembut menyebabkan mudah kusut dan mudah luntur. Cepat menimbulkan aroma yang kurang enak sebab mudah menyerap peluh.

5. Pashmina/selendang
 - Kombinasi etniknya amat sesuai untuk semua dan terasa hangat apabila dipakai. Mudah dikendalikan ketika membasuhnya. Tetapi kurang selesa dipakai sehari-hari kerana teksturnya terlalu tebal. Untuk membentuknya juga tentunya sukar apatah lagi untuk digayakan kemajlis tertentu.

Sumber ; Kompilasi Istimewa Dara.com 2006

Sekian, terima kasih

Jumaat, 21 Disember 2012

Resepi 5 : Kek Durian

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

      Banyak sangat durian dekat rumah, nak buat durian crepe kuali non-stick tak ada tapi saya pernah buat beberapa kali guna kuali leper rasanya sedap. Kalau saya buat lagi saya akan kongsi resepi dengan pengunjung blog saya tapi kali ini saya nak buat kek durian sebab whipping cream tak cukup.

By : Mat gebu
Rujukan : Myresipi




Bahan-bahan ( 10 - 15 orang )

  • 185 g mentega
  • 150 g gula aising
  • 4 biji telur Gred A, asing kuning dan putihnya
  • 185 g tepung berserbuk penaik (self raising flour), diayak
  • 125 g isi durian segar, dikisar
  • Secubit cream of tartar

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula hingga putih. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan tepung berselang - seli dengan isi durian hingga habis. Gaul hingga rata.
  3. Dalam mangkuk lain pukul putih telur bersama secubit cream of tartar hingga kembang dan kental. Kaup dan gaulkan ke dalam adunan kek tadi menggunakan senduk secara sehala (jangan terlebih gaul) hingga rata.
  4. Tuang dalam tin kek yg telah digris dengan mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 40 - 50 minit. Bergantung pada oven masing-masing.
  5. Uji kek dengan cara mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek jika lidi itu keluar licin, kek anda telah masak. Selamat mencuba.....


Sekian, terima kasih

Rabu, 19 Disember 2012

Keputusan PMR

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

       Hari ini saya pergi ambil slip keputusan PMR pada pukul 12 lebih kerana waktu ini tidak ramai orang di sekolah. Mesti pengunjung blog saya ingin mengetahui keputusan PMR saya tetapi biarlah rahsia. Walau apa pun keputusan kita dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM janganlah kecewa, kerana anda sudah berusaha sebaik mungkin dan terimalah dengan hati terbuka.

Sekian, terima kasih

Ahad, 16 Disember 2012

Karnival Buku PTS

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

       Hari ini saya sekeluarga ke PTS Bookcafe yang terletak di Batu Caves. Masuk ke dalam PTS
Bookcafe kami disambut oleh pekerjanya dan memberitahu buku-buku terpilih beharga RM1, RM3 dan RM5 manakala karya Pak Latip ( Abdul Latip Talib) mendapat diskaun sebanyak 20%. Kebanyakan novel dan buku yang kami beli untuk bacaan semua ahli keluarga saya. Semasa di kaunter hendak bayar buku kami diminta memilih senaskah novel atau buku yang terletak di atas meja dan memilih buku yang bertajuk Kisah Si Puteri. 


 
ihsan daripada facebook PTS

Sekian, terima kasih

Isnin, 10 Disember 2012

Makan malam

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

       Semalam ada makan malam di Shah Alam-De Palma Hotel anjuran tempat kerja ayah saya. Kami bertolak pada jam 6 lebih dan kami singgah solat di surau sebelum sampai ke destinasi. Sebelum masuk The Grand Ballroom kami kena semak duduk di meja nombor berapa. Selepas juru acara menjemput seseorang untuk membaca doa, semua yang hadir dijemput  mengambil makanan. Apabila selesai makan tiba acara cabutan bertuah dan kebanyakan hadiah ialah set tupperware. Jamuan makan malam selesai pada jam 10 lebih.


Sekian, terima kasih

Ahad, 2 Disember 2012

Cara Ekonomi Memilih Kasut

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

        Kajian menunjukkan hampir 90 peratus mereka yang memakai kasut tidak memenuhi keperluan kaki sama ada kerana mereka tidak mengetahui cara yang betul membeli kasut atau memakai kasut tidak sesuai dengan aktiviti yang dilakukan. Sebenarnya efek daripada 'kekurangan' ilmu memilih dan membeli kasut ini boleh membawa kepada pembaziran. Bayangkan sepasang kasut yang mahal dan berkualiti hanya dipakai untuk sehari saja apabila kaki terasa sakit dan melecet ketika memakainya. Oleh sebab itu berhati-hati ketika memilih dan membuat pembelian. Ia bukan saja ekonomi untuk anda, tetapi baik untuk kesihatan kaki.


ihsan daripada goggle

Tip Memilih dan Membeli Kasut : ~

  1. Ketika membeli kasut, cubalah dua atau tiga pasang. Selain saiz dan rekaan, beri perhatian pada bentuk kasut yang sesuai dengan bentuk kski dan berat kasut kerana kasut ringan kurang memberi bebanan pada kaki anda.

  2. Jenis bahan pada bahagian atas kasut juga mempengaruhi keselesaan kaki. Oleh sebab itu, ia mestilah ringan, lembut pada kulit dan mampu memberikan pengudaraan yang baik.

  3. Waktu terbaik membeli kasut ialah pada lewat petang, iaitu apabila kaki anda dalam saiz terbesar.

  4. Pastikan anda mencuba kedua-dua belah kasut kerana kaki manusia biasanya besar sebelah. Belilah kasut  mengikut saiz yang lebih besar.

  5. Pastikan bebola kaki ( iaitu pada tulang kaki yang paling lebar ) berasa selesa di dalam kasut. Cuba berjalan-jalan di dalam kedai tempat anda membeli dan rasakan selesa atau tidak.

  6. Bagi kasut bertutup, ia sepatutnya mempunyai cukup ruang untuk mengerakkan jari kaki dengan selesa. Jika ketika mencubanya jari anda tersentuh bahagian hadan dalam kasut, maka pilihlah yang lain demi keselesaan jari dan kakimu.

  7. Jangan terpedaya dengan dakwaan segelintir penjual yang mengatakan bahawa kasut akan mengembang selepas memakai beberapa hari. Buat pilihan tepat, jika ketat jangan beli!

  8. Dalam apa bentuk dan jenis kasut sekalipun, utamakan keselesaan kaki ketika berada di dalamnya. Biar ia tidak terlalu ketat atau longgar.

Sumber : Majalah Dara.com Edisi April 2006

Sekian, terima kasih