Assalamu'alaikum dan salam sejahtera
Biasanya kita jarang mengambil berat tentang fabrik atau material tudung yang kita pakai hari-hari. Kita senang menjaga penampilan dan pantang melihat 'selekeh'. Tetapi tahukah anda jenis kain yang dipakai juga boleh mempengaruhi penampilan tudung? Di sini saya ingin berkongsi tip memih fabrik tudung.
ihsan daripada google
1. Fabrik kapas
- Amat selesa dipakai dengan keadaan cuaca panas di negara ini kerana ia mudah menyerap peluh. Tetapi dengan sifatnya yang agak tebal menyebakan kreativiti anda agak terbatas untuk membentuk pelbagai gaya.
2. Sutera
- Menarik dan sesuai dipakai kerana teksturnya yanglembut dan tidak tebal. Mudah dibentuk dalam pelbagai gaya dan boleh dipakai sehari-hari dalam apa jua majlis, terutama ketika menghadiri acara formal kerana ia nampak mewah. Bagaimanapun, sifatnya yang lembut menyebabkan mudah kusut, luntur dan berkedut. Harus lebih berhati-hati ketika memakainya agar tidak cepat rosak.
3. Polyster
- Satu yang menarik tentang fabrik ini ia tidak akan mudah kusut, jadi sesuai dan selesa dipakai sehari-hari. Mengendalikannya (membasuh) juga amat mudah. Namun agak sukar untuk membentuk gayanya kerana tekstur kain cenderung 'keras' dan sedikit licin.
4. Rayon
- Mudah dipakai, nampak kasual dan cantik digayakan sehari-hari. Tetapi teksturnya yang lembut menyebabkan mudah kusut dan mudah luntur. Cepat menimbulkan aroma yang kurang enak sebab mudah menyerap peluh.
5. Pashmina/selendang
- Kombinasi etniknya amat sesuai untuk semua dan terasa hangat apabila dipakai. Mudah dikendalikan ketika membasuhnya. Tetapi kurang selesa dipakai sehari-hari kerana teksturnya terlalu tebal. Untuk membentuknya juga tentunya sukar apatah lagi untuk digayakan kemajlis tertentu.
Sumber ; Kompilasi Istimewa Dara.com 2006
Sekian, terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan