Ahad, 2 Disember 2012

Cara Ekonomi Memilih Kasut

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

        Kajian menunjukkan hampir 90 peratus mereka yang memakai kasut tidak memenuhi keperluan kaki sama ada kerana mereka tidak mengetahui cara yang betul membeli kasut atau memakai kasut tidak sesuai dengan aktiviti yang dilakukan. Sebenarnya efek daripada 'kekurangan' ilmu memilih dan membeli kasut ini boleh membawa kepada pembaziran. Bayangkan sepasang kasut yang mahal dan berkualiti hanya dipakai untuk sehari saja apabila kaki terasa sakit dan melecet ketika memakainya. Oleh sebab itu berhati-hati ketika memilih dan membuat pembelian. Ia bukan saja ekonomi untuk anda, tetapi baik untuk kesihatan kaki.


ihsan daripada goggle

Tip Memilih dan Membeli Kasut : ~

  1. Ketika membeli kasut, cubalah dua atau tiga pasang. Selain saiz dan rekaan, beri perhatian pada bentuk kasut yang sesuai dengan bentuk kski dan berat kasut kerana kasut ringan kurang memberi bebanan pada kaki anda.

  2. Jenis bahan pada bahagian atas kasut juga mempengaruhi keselesaan kaki. Oleh sebab itu, ia mestilah ringan, lembut pada kulit dan mampu memberikan pengudaraan yang baik.

  3. Waktu terbaik membeli kasut ialah pada lewat petang, iaitu apabila kaki anda dalam saiz terbesar.

  4. Pastikan anda mencuba kedua-dua belah kasut kerana kaki manusia biasanya besar sebelah. Belilah kasut  mengikut saiz yang lebih besar.

  5. Pastikan bebola kaki ( iaitu pada tulang kaki yang paling lebar ) berasa selesa di dalam kasut. Cuba berjalan-jalan di dalam kedai tempat anda membeli dan rasakan selesa atau tidak.

  6. Bagi kasut bertutup, ia sepatutnya mempunyai cukup ruang untuk mengerakkan jari kaki dengan selesa. Jika ketika mencubanya jari anda tersentuh bahagian hadan dalam kasut, maka pilihlah yang lain demi keselesaan jari dan kakimu.

  7. Jangan terpedaya dengan dakwaan segelintir penjual yang mengatakan bahawa kasut akan mengembang selepas memakai beberapa hari. Buat pilihan tepat, jika ketat jangan beli!

  8. Dalam apa bentuk dan jenis kasut sekalipun, utamakan keselesaan kaki ketika berada di dalamnya. Biar ia tidak terlalu ketat atau longgar.

Sumber : Majalah Dara.com Edisi April 2006

Sekian, terima kasih

Tiada ulasan: