Selasa, 25 Disember 2012

5 Warna Menyihatkan

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

    Ramai yang tidak sedar pemakanan seharian kita dipengaruhi oleh warna. Mungkin pelik tetapi itulah hakikatnya. Sekiranya diperhatikan warna sayur-sayuran yang dimakan bukan sahaja terhad kepadawarna hijau tetapi juga berwarna oren, kuning ataupun ungu. Begitu juga dengan warna-warna makanan yang lain.

    Bagaimanapun, setiap warna mempunyai khasiat yang berbeza dan untuk mendapatkan kesihatan yang menyeluruh, pakar pemakanan telah menyarankan agar kita mengambil makanan daripada pelbagai warna. Pinggan makanan kita seharusnya berwarna-warni seperti pelangi.

    Pengambilan buah serta sayur berwarna sebanyak lima hidangan adalah sangat penting untuk pola hidup yang sihat. Kelebihannya ialah dapat memberikan pelbagai  nutrisi seperti vitamin, mineral, serat dan fitokimia yang akan digunakan oleh badan.

    Selain itu, ia juga berkepentingan untuk melindungi tubuh daripada kesan penuaaan serta mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

    Mungkin kita sendiri pernah mendengar kelebihan sayur hijau untuk kesihatan tetapi kita tidak sedar sayur-sayuran berwarna yang lain juga turut kaya dengan nutrisi. Sayur-sayuran biru, ungu, merah, kuning, putih, coklat dan juga putih juga baik untuk kesihatan.

    Fitokimia (zat yang memberikan warna pada buah dan sayuran) yang terkandung di dalamnya bukan sahaja dapat melindungi tumbuhan, tetapi juga memberikan manusia perlindungan daripada pelbagai penyakit sama ada kanser, anti-penuaan, penyakit jantung, gangguan penglihatan dan sebagainya.

    Disebabkan buah dan sayuran berwarna mengandung ratusan jenis fitokimia yang berbeza, tidak ada satu kelompok warna yang mempunyai fungsi lebih lengkap. Oleh itu, pengambilan semua kelompok warna seperti biru atau ungu, hijau putih, kuning, atau jingga dan merah dapat memberikan perlindungan kesihatan yang meluas.

     Kelebihan fitokimia sememangnya tiada di dalam mana-mana suplemen. Cara terbaik ketika merancang untuk memasak ialah mengingati warna-warna pelangi ataupun aneka warna. Sudah pasti anda dapat kelebihan dari rangkaian unik fitokimia, vitamin, mineral dan serat penting.

1. Biru atau ungu
 Buah-buahan dan sayur-sayuran warna biru atau ungu mengandungi pelbagai jenis fitokimia yang sememangnya bermanfaat untuk kesihatan sepanjang anthocyanins yang dapat memperbaiki sirkulasi darah, menguatkan retina dan penglihatan. Ia juga mengandungi phenolocs. Kepentingannya adalah untuk antioksidan dan anti-penuaan. Antara yang tergolong dari kumpulan ini ialah anggur, blueberry, mulberry, asparagus ungu, blackberry, kismis, kobis ungu, buah plum serta terung.

 Kelebihanya juga ialah : 

  • mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
  • menjaga kesihatan saluran.
  • menjaga fungsi ingatan.
  • pertambahahan usia secara sihat.

2.Kuning atau jingga 
 Jadikan kumpulan ini sebagai sebahagian daripada makanan harian anda. Buah-buahan dan sayur-sayuran kuning mengandungi pelbagai jumlah dan jenis antioksida seperti vitamin C, carotenoids dan bioflavonoids. Ia adalah dua tahap fitokimia yang sangat berpotensi untuk kesihatan.

 Antara yang tergolong dalam kumpulan ini ialah aprikot, jagung, limau, limau bali, labu parang, lemon, mangga, markisa, tembikai kuning, nenas, nangka, betik, pic dan pear kuning.

 Kepentingan kumpulan kuning atau jingga ialah :

  • kesihatan janggung.
  • kesihatan penglihatan.
  • baik untuk sistem imun dalam badan.
  • menurunkan risiko beberapa jenis kanser.

3.Merah

   Sayur dan buah daripada kumpulan merah mengandungi karotenoid ( warna merah berasal daripada likopen). Ia adalah bahan antioksida yang berkhasiat serta dapat meneutralkan radikal bebas yang menganggu DNA pada sel. Hasil aripada penyelidikan juga telah mendapati kumpulan buah dan sayuran berwarna merah mengandung fitokimia khusus yang bermanfaat bagi kesihatan, seperti lycopene dan anthocyanins.

 Sayur dan buah yang terdiri daripada kumpulan ini ialah epal merah, bawang merah, bit merah, buah delima, ceri, limau bali, tomato, kobis merah, pear merah, strawberi dan tembikai merah.

 Antara khasiatnya yang lain ialah :

  • Kesihatan jantung.
  • Fungsi ingatan.
  • Menurunkan risiko beberapa jenis kanser.
  • Kesihatan kandungan.

4.Hijau
 Buah dan sayuran hijau mengandung banyak fitokimia seperti lutein dan indoles yang menarik. Ia juga mengandungi klorofil yang sememangnya diketahui kaya dengan antioksida dan mempunyai kemampuan membersihkan darah.

 Antara yang terdapat dalam kumpulan hijau ialah avokado, epal hijau anggur hijau, asparagus, bayam, brokoli, kacang buncis, daun bawang, limau, kacang hijau, kacang panjang buah kiwi, kobis hijau, mentimun, labu siam, buah pear, sawi, rumpai laut, kailan, daun betik, dan juga saderi.

 Kelebihannya juga ialah :
  • Mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
  • Menjaga kesihatan penglihatan.
  • Menguatkan tulang dan gigi.

5.Putih
 Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna putih, kecoklatan dan coklat juga mempunyai khasiat tersendiri. Ia biasanya mengandungi pelbagai jumlah fitokimia yang bermanfaat untuk kesihatan anda. Umpamanya ialah allicin yang banyak ditemui di dalam keluarga bawang.

 Antaranya ialah buah kurma, pic, bunga kobis, bawang putih, bawang bombay, sengkuang, halia, cendawan, lengkuas, lobak, pisang, pear dan ubi putih.

 Kelebihan buah dan sayur dari kumpulan putih juga ialah :
  • Menjaga kesihatan jantung.
  • Menjaga tahap kolesterol yang sudah baik.
  • Mengurangkan risiko sejumlah jenis kanser.

Sumber : Majalah Aniqah, Edisi Januari 2009, Bil 38

Sekian, terima kasih

Tiada ulasan: