Sabtu, 23 Februari 2013

Tips Memilih Aksesori

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

    Terdapat banyak jenis aksesori yang boleh dipakai untuk menghias tudung, sama ada daripada hiasan kerongsang, klip, pin, cincin, kalung, gelang, dan sebagainya. Namun tidak semuanya sesuai dagayakan. Oleh itu, saya ingin berkongsi tip memilih aksesori kepada pengunjung blog saya.

1. Pilih aksesori yang kecil jika anda banyak melakukan aktiviti luar agar tidak terkesan berat dan lebih praktis.

2. Pakailah aksesori kasual dengan warna pastel untuk siang hari.

3. Aksesori berkilat dengan taburan permata sesuai digayakan pada tudung malam hari.

4. Pakai hanya satu aksesori saja kecuali jenis sepit atau klip yang biasa anda sisip pada sisi tudung.

5. Jika kamu menyukai aksesori bentuk haiwan, pastikan ia bersaiz kecil atau tidak terlalu besar.

6. Hindari dari memakai klip, kerongsang dan pin yang bergemelap pada satu tudung. Anda seolah kedai emas bergerak!

7. Untuk tampil kreatif, anda boleh menggunakan hiasan unik seperti kalung, cincin, gelang atau pengikat rambut untuk tudung anda.

8. Kenakan kerongsang bercorak besar hanya pada tudung polos sahaja.

Sumber : Kompilasi Istimewa Dara.com 2006

Sabtu, 16 Februari 2013

Resepi 7 : Muffin Pisang Coklat

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Semalam saya buat mffin pisang coklat kerana pisang banyak dekat rumah tetapi saya ada tinggal sedikit untuk ma saya buat cekodok pisang. Saya cuma menambah 1 cawan pisang untuk menjadi pisang sebagai bahan utama saya.




By ; Chef Hanieliza
Rujukan : Hanieliza's Cooking
Sumber : Qasey Honey dan Kak Azlita

Bahan
140 gm butter atau majerin
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
2 cawan tepung gandum ] ayakkan
1 s/k baking powder ]
1 cawan pisang - hancurkan [4 biji pisang berangan]
2 s/b susu tepung
1/2 cawan coklat rice

Cara
1. Gaulkan butter dengan gula sehingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau sebti.
3. Masukkan tepung yg telah diayakkan.
4. Masukkan pisang dan susu tepung. Kacau rata.
5. Masukkan coklat rice dan kacau lagi.
6. Masukkan adunan dalam muffin cup.
7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan atas redai kueh dan hidangkan.


Sekian, terima kasih

Sabtu, 9 Februari 2013

Resepi 6 : Chocolate Milo Crepe

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Setelah sekian lama ma saya beli kuali non-stick kini baru saya guna untuk membuat chocolate milo crepe. Di sini saya ingin memberitahu pengunjung masalah yang dihadapi sebelum membuat chocmilo crepe :
 *  non-dairy whiping cream habis terpaksa keluar pergi beli semalam.
 *  soft chocolate/ chocolate spread tak ada saya guna coklat masakan dan gunakan teknik double boling.
 *  pewarna brown tak ada
Tetapi saya tidak berputus asa untuk membuat dan gambar di bawah adalah hasilnya.




By : Mimi Norsila
Rujukan : Kesayanganku Kehidupanku

Bahan :
 - 100g tepung gandum
 - 100g tepung ubi


 - 50g tepung jagung
 - 50g tepung kastard
 - 200ml susu cair
 - 600ml air biasa
 - 4biji telur A
 - 5sdb gula
 - 5sdb minyak masak (saya terlupa nak letak)
 - 2sdb serbuk koko
 - 1sdt choc emulco 
 - sedikit esen vanila
 - sedikit pewarna brown ( saya tak letak )
Cara-Cara
1. Campurkan semua bahan-bahan tepung gandum,tepung ubi, tepung jagung, tepung kastard,susu cair,air biasa,4 biji telur,gula, minyak masak,serbuk koko, choc emulco,esen vanila & pewarna coklat. 
2. Kacau sampai sebati menggunakan whisk. 
3. Tapis dan masak atas kuali leper.
Filling
-Whiping Cream (Value Pride) *my choice ^__^
-Soft chocolate/chocolate spread ( saya guna coklat masakan )
-Milo
Cara-caraFilling
1. Pipe kan cream>Soft chocolate>Milo>Soft Chocolate 
2. Tutup balik dengan Whiping cream 
3. Kemudian lipat kulitnya.

p/s : rasanya masih sedap walaupun saya tidak mengunakan resepinya 100 peratus.

Sekian, terima kasih

Jumaat, 8 Februari 2013

Review Novel 1 : Satu Janji

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Tujuan saya menulis entri ini ialah untuk berkongsi apa yang telah saya baca dan mengajak anda membaca novel yang saya review. Untuk pengetahuan anda saya mengambil masa dua hari untuk membaca dan memahami jalan ceritanya. 

Sinopsis belakang novel :
Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan,air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman.

Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya mrnjadi racun berbisa di hati Adelia. Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula.
Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.






Review saya :

Satu janji berkisarkan sebuah kisah tentang penderitaan seorang lelaki yang terpaksa berhadapan dengan janjinya sendiri. Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesedihan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman.

Luqman Hakim, ialah seorang anak yatim yang dibesarkan oleh sebuah keluarga angkat kaya dan sangat menyayanginya.

Kisahnya bermula, apabila tragedi pembunuhan Dato' Abdullah ( ayah angkat Luqman) telah membuka satu rahsia yang tersimpan di syarikat Dato' Abdullah. Luqman kemudian, menggalas tanggungjawab di pejabat bagi menggantikan ayahnya. Dalam kes pembunuhan Dato' Abdullah, Khalid disyaki oleh pihak polis kerana pada malam kejadian Khalid bertengkar dengan Dato' Abdullah.

Ketika Luqman pergi melawat rumah anak yatim dia jatuh cinta pada Adelia Mustapha saat memandangnya. Seterunya pertemuan di gerai milik keluarga Adelia membuatkan dia belajar cara menebar roti canai daripada Kadir dan dia menyamar sebagai penebar roti canai untuk menghampiri Adelia. Dia mahu Adelia jatuh cinta padanya kerana dirinya, bukan pada harta bendanya. Malangnya, usaha untuk memikat Adelia sukar kerana Adelia sudah punya pilihan hati, tetapi kerana keterlanjuran janji Adelia pada keluarga " mana-mana lelaki yang masuk meminangnya dahulu itulah calon suaminya", membuatkan pinangan Luqman terpaksa diterima Adelia tanpa rela.

Kasih dan cinta yang Luqman beri pada isterinya itu, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia. Dia tidak dapat menerima Luqman malah membenci suaminya. Namun, janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula.

Disebabkan satu insiden, Luqman dan Adelia terpisah. Berbagai cara yang digunakan oleh Luqman untuk menyelamatkan isteri kesayangan itu walaupun dia tahu kehadirannya di sisi Adelia bakal menambahkan lagi derita di hati Adelia. Disinilah, penculikan Adelia menjadi titik tolak permulaan segala-galanya terungkai. Akhirnya, selepas insiden ini Adelia mula jatuh hati pada Luqman. Namun, Luqman menyipikan diri kerana janji yang dibuat bersama Adelia. Adelia mula rasa bersalah.

Akhirnya, disebalik janji seorang Luqman Hakim, ada seorang yang menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melasanakan satu janji yang pernah terungkai. Siapakah dia? bacalah dalam novel...

Yang mengejutkan, Laila sebenarnya adalah anak kepada tukang cuci di syarikat Luqman (ibu tiri Luqman). Dan dari situ, terungkailah sejarah kenapa dan bagaimana Luqman telah dihantar ke rumah anak yatim. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut penutupnya belilah novel ini di kedai yang berhampiran atau meminjam daripada orang.

Sekian, terima kasih


Ahad, 3 Februari 2013

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Semasa melawat blog orang saya ternampak giveaway yang dibuat oleh Intan Berlian jadi saya nak sertai sekali. Buat pengetahuan anda hadiah yang ditawarkan adalah sebanyak 30 barang dan hadiahnya sangat berbaloi. Jomlah beramai-ramai sertai giveaway ini mana tahu anda bertuah.




1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2013

Sekian, terima kasih

Sabtu, 2 Februari 2013

Karnival Karangkraf 2013

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

        Pintu Gerbang (sumber : facebook Alaf 21)

        Hari ini saya, adik dan ma saya pergi ke karnival karangkraf yang bertempat di  Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam. Kami bertolak lebih kurang pukul 7 lebih dan semasa kami hendak membeli tiket KTM Komuter di kaunter terdapat pemberitahuan yang bertulis " semua penumpang haruslah turun di stesen Komuter Sentul dan mengambil bas untuk ke stesen yang berikutnya. Rupa-rupanya pemandu bas hantar semua penumpang  ke stesen Komuter Kuala Lumpur saya ingatkan hantar sebelum stesen itu. 


      
Kad diskaun my.karangkraf (sumber : facebook Alaf 21)                                       
                                              
        Sesampainya di Perkarangan Kumpulan Media Karangkraf seorang daripada pekerjanya bagi kepada ma borang daftar kad diskaun my.karangkraf dan harga bagi kad RM5.00 semasa karnival karangkraf manakala RM20.00 harga asal. Seterusnya kami ke booth langgan majalah untuk membuat pembaharuan dan pembelian majalah. Pada tahun ini saya langsung tak beli novel cuma melawat booth yang disediakan dan mengisi borang kaji selidik. Semasa lalu di booth TV Al Hijrah kami tengok Chef Ammar sedang membuat falafel iaitu makanan masyarakat India dan dia ada cakap sepuluh biji falafel seorang makan nak lagi. Rasa falafel ini sedap dia menggunakan kacang dal dan bahan lain saya tak tahu.


        
Suasana booth novel (sumber : facebook Alaf 21)

       Semasa di stesen Komuter Shah Alam nak beli tiket melalui mesin yang disediakan ada masalah sedikit iaitu duit kertas sama ada yang baharu atau lama tidak diterima dan nasib baik bila tiba giliran saya nak beli duit syiling ada dalam simpanan. Akhirnya sampai rumah pukul 3 lebih.


Antara penulis novel yang hadir (sumber : facebook Alaf 21)

p/s : tidak rugi bagi sesiapa yang minat membaca novel dan buku.

Jumaat, 1 Februari 2013

Pesta Buku Malaysia atau Karnival Karangkraf

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

      Kenapa tarikh dekat? susah nak pilih sebab dua-dua nak pergi tetapi kena pilih salah satu. Setelah berfikir secara rasional saya pilih karival karangkraf. Kenapa karnival karangkraf? sebab kebanyakan penerbit yang ada di Pesta Buku Malaysia akan ada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dan  tidak banyak penerbit yang buka booth. Kepada pengunjung blog saya ada soalan apakah yang anda akan pilih sama ada Pesta Buku Malaysia atau Karnival Karangkraf dan beri sebab kalau sudi tolong komen.