Assalamu'alaikum dan salam sejahtera
Sudah sekian lama saya tidak menulis entri di blog ini. Hari ini saya ingin review novel yang baru sahaja dibeli di Pesta Buku Antarabangsa 2013. Alhamdulillah saya dapat menghabiskan membaca novel Hilal Asyraf setelah lama disimpan.
Sinopsis novel :
Ukhwah dua sahabat, Rasyid Zakwan dan Irfan Hakimi, menyebabkan 'aura' harmoni kepada masyarakat sekeliling khususnya pelajar Melayu di Jordan. Konflik mula timbul dengan dengan kehadiran Sara Nasuha. Bukan konflik dengki-mendengki tetapi konflik untuk menjaga kelangsungan ukhuwah yang berlandaskan keimanan.
Disaster Five hadir dengan misi membuat kacau bilau. Konflik dua sahabat diambil sebagai peluang keemasan bagi merosakkan ukhuwah mereka. Irfan dan rakan-rakan bertindak balas untuk 'menawan'. Tetapi, siapa yang menawan siapa?
Sebesar-besar dendam dan selicik-licik Disaster Five, ada insan yang lebih besar dendamnya dan lebih licik tindakannya. Dia ialah...Secret.
Review saya :
Sinergi berkisarkan tentang keimanan sebagai paksi dalam kehidupan seorang hamba Allah. Aspek keimanan sangat jelas ditekankan dalam setiap tingkah laku dan gerak kerja dua watak utama dalam novel iaitu Irfan Hakimi dan Rasyid Zakwan.
Ibarat bangunan
Yang Menentukan keutuhannya adalah dasar binaan
Maka yang memutuskan kehidupan insan
Adalah keimanan adalah TUHAN
Iman ialah sesuatu yang sangat abstrak untuk saya terjemahkan ke dalam kata-kata yang sebenarnya kerana masing-masing mempunya pelbagai tafsiran dan pandang sisi tapi masih lagi berpgang kepada satu prinsip iaitu Beriman kepada Allah SWT merupakan paksi atau prinsip utama dalam kehidupan seseorang hamba Allahitu. Bahawa seseorang insan itu datangnya dari Allah dan kembalinya juga kepada Allah. Maka, kehidupannya di atas muka bumi ini seharusnya juga untuk Allah.
Keimanan kepada Allah SWT adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan insan. Iman adalah kepercayaan dan keyakinan. Kepercayaaan dan keyakinan kepada azab seksa dan balasan ganjaran daripada Allah SWT, adalah benteng utama dalam memandu manusia menjalani kehidupan yang baik dan mendapat pengakhiran yang terbaik.
Jika iman menjadi perlembagaan, maka segala perintah Allah SWT akan menjadi papan penunjuk arah kepada perjalanan insan. Bukan nafsu dan bukan perasaan. Kepimpinan yang menjadikan keimanan kepada Allah SWT sebagai titik tolak dirinya melaksanakan tanggungjawab, tidak akan dirasuk dengan kekuasaan, ketamakan dan hasad dengki. Hal ini sekaligs mengelakkan situasi seperti gila kuasa, menyalahgunakan kuasa dan sebagainya.
Hanya keimanan sahaja, yang mampu memandu seseorang itu ke arah kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan. Hal ini kerana, keimanan hanya akan membawa manusia mentaati apa yang Allah perintahkan dan apa sahaja perintah Allah SWT itu adalah satu kebaikan.
Istilah Sinergi diperkenalkan oleh Irfan apabila menceritakan perihal hubungan. Irfan berkata bahawa, apa-apa pun hubungan baik untuk tujuan kerja, ukhuwah dan apa-apa sahaja tujuan, perlulah dibina atas dasar iman. Barulah melahirkan Sinergi, yakni 1 + 1 = 3. ' Tambah' di dalam formula itu adalah keimanan, menyebabkan daripada dua bertambah satu lagi menjadi tiga. Tambahan satu lagi itu adalah keluarbiasaan yang berlaku apabila dua itu dihubungkan oleh keimanan.
Satu ditambah satu menjadi tiga
Bukan dua jawapannya
Kerna dua individu bergabung atas keimana merka
Akan melahirkan sesuatu yang luar biasa
Hingga dapat mengubah dunia
Itulah sinergi kita
Sinergi manusia yang beriman kepada-Nya
Subhanallah. Novel sinergi sangat hebat bagi saya kerana mampu menyedarkan, mengejutkan diri dari lena yang lama dan iman. Ada kalanya diri ini terlupa pada prinsip utama hidup ini yang sememangnya telah ditetapkan oleh Allah. Apabila hamba Allah itu berpegang teguh dengan prinsip ini, maka seluruh kehidupannya di dunia mahupun syurga akan menjadi sempurna.
Saya berharap dengan adanya entri ini ramai pengunjung cuba berjinak-jinak dengan karya Hilal Asyraf kerana dia menerapkan pelbagai unsur seperti persahabatan, percintaan dan sebagainya.
Sekian, terima kasih