Rabu, 31 Oktober 2012

Ekspo Buku Islam 4 ~ KL Sentral

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

    Hari ini saya, kakak saya dan adik saya pergi ke ekspo buku islam 4 yang bertempat di KL Sentral. Gembiranya  saya dapat tanda tangan Hilal Asyraf dan Abdul Latif Talib serta dapat ambil gambar bersama penulis. Manakala yang sedihnya saya tidak dapat tanda tangan dan ambil gambar dengan Fatimah Syarha Mohd Nordin. Kali ini saya cuma beli novel karya Abdul Latib Talib sahaja dan buku tetapi semasa Popular ada buat jualan di Pasar Seni saya ada beli 3 novel. Sekarang saya tengah  kumpul duit untuk Pesta Buku Antarabangsa tahun depan sebab itu tak dapat nak beli banyak novel. 


Sekian, terima kasih

Selasa, 30 Oktober 2012

Resepi 2 : Sagu Delima

    Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya dengan semangat saya nak buat sagu delima daripada buku 1 Hari 1 Resepi ditulis oleh Chef Hanieliza tetapi nasib tidak menyebelahi saya kerana sagu yang saya buat lembik. Saya mengambil keputusan letak sagu dalam peti ais dan apabila saya buat keluar masih lembik lalu saya ambil sagu dengan berhati-hati supaya menjadi bentuk empat segi lantas mengaul sagu dengan kelapa parut.


Bahan A:~
1 cawan sagu biji
3 cawan air 
1 cawan gula (kalau terlebih manis kurangkan kandungan gula)
1 sudu teh pewarna merah1 helai daun pandan (disimpulkan)


Bahan B:~
1/2 biji kelapa parut muda
sedikit garam digaul rata


Penyediaan:~ 
 1. Sagu biji dibersihkan,rendam sebentar dan tuskan.
 2. Masukkan air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Buangkan daun pandan.
 3. Masukkan sagu serta pewarna merah. Kacau hingga sagu kembang. 
 4. Apabila sagu kembang, angkat dan masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. 
 5. Apabila sejuk, potong dan gaulkan dengan kelapa parut muda yang digaulkan dengan garam. 
 6. Sedia dihidangkan.

Sekian, terima kasih

Isnin, 29 Oktober 2012

Resepi 1 : Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera 

      Hari ini mood saya rajin jadi saya pun masak kek lapis kukus cream cheese dan rasanya sedap. Saya nak ingatkan kepada sesiapa yang nak cuba resepi ini jangan simpan lebih daripada tiga hari.

By : Yatie
Rujukan : Azlita Masam manis




Bahan A ~ Cheese
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

Pukul cream cheese bersama dengan gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

Bahan B ~ Kek
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu kecil vanilla
sedikit garam
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan  susu segar atau cair
1/2 cawan minyak jagung atau masak
1 cawan tepung gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

Penyediaannya

 1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana.
Sediakan loyang berukuran 8 inc. (saya guna bekas plastik dapat 3 tapi yang terakhir bekas jadi cair sebab tak perasan air dah tiada)
 2. Sapukan sedikit minyak atau mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
 3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
 4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
 5. Tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
 6. Setelah sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Sekian, terima kasih

Isnin, 22 Oktober 2012

Treasure Hunt

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera

    Pagi tadi dekat sekolah pelajar Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC) datang ke sekolah saya untuk mengadakan aktiviti treasure hunt. Setiap kumpulan mempunyai sekurang-kurangnya 8 ahli. Ahli kumpulan saya ialah Aini, Adilah, Athirah(G), Petrine, Syaqireen, Amy dan Anez.Selepas itu, kami  dikehendaki pergi ke setiap both yang disediakan. Both pertama iaitu kulineri  perlu menghias kek cawan mengikut kreativi. Seterusnya both fashion kami diberi kertas minyak untuk membuat pakaian. 

    Setelah itu, both fotografi kami perlu menulis tema dan tajuk berdasarkan gambar yang diberikan sementara menunggu kumpulan sebelum kami menulis abang fotografi bertanya apakah tema dan tajuk gambar dipegang olehnya.Tema gambar itu mimpi khayalan dan mengisahkan seorang sami bersujud dari suatu tempat hingga ke kuil saya berasa sungguh cantik cara dia mengambil gambar serta dapat menambah ilmu yang sedia ada.

    Akhir sekali kami ke both kena cari makna perkataan contohnya www, http dan lain-lain tetapi kami perlu cari satu sahaja. Kumpulan saya mendapat tempat ke-dua setelah pelajar KLMUC menilai dari segi kerjasama, kreativiti dan banyak lagi. Sebelum balik saya pergi bilik guru jumpa cikgu Khairatul Amaliyyah untuk bertanya khabar.


  p/s: semoga cikgu Khairatul Amaliyyah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Sekian, terima kasih
   



Rabu, 17 Oktober 2012

Lawatan selepas PMR

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

   Akhirnya setelah empat hari bertungkus-lumus menjawab soalan PMR kini tiba masa merehatkan minda. Saya baru sahaja dapat merehatkan diri setelah penat berjalan ke Muzium Negara, Plantinum Negara dan Tugu Negara.

   Sekitar jam 6:00 pagi saya bangun bersiap  dan abang angkat saya hantar dengan menaiki kereta viva. Sampai sahaja di sekolah semua yang pergi lawatan berkumpul bagi menyenangkan guru menyemak senarai pelajar yang mengikuti lawatan.

   Sebelum masuk ke Muzium Negara cikgu menyuruh kami semua berkumpul untuk mengambil gambar sebagai kenangan. Kami diberi lebih kurang satu jam lebih untuk melihat pameran yang disediakan.

   Selepas itu, di Plantinum Negara saya memasuki bilik tiada graviti saya berasa gayat  di tempat tinggi dan saya tidak lama dalam bilik tiada graviti. Kemudian saya ke tempat di mana menunjukkan baju yang dipakai oleh angkasawan negara, suasana dalam soyuz dan saya masuk dalam tempat mengawal soyuz saya berasa sempit macam mana angkasawan negara kita boleh tahan?

  Akhir sekali, kami melawat Tugu Negara dan ramai kawan-kawan saya berkata pertama kali mereka menjejakkan kaki di Tugu Negara selama 15 tahun hidup. Kami makan tengah hari di Tugu Negara dan selesai sahaja makan kami menaiki bas balik ke sekolah.  





 Sekian, terima kasih

Ahad, 14 Oktober 2012

Sedihnya

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

   Hari ini saya berasa sedih kerana ma (panggilan untuk emak) dan ayah berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibadah Haji. Sebelum menaiki kereta ayah saya menjemput orang surau ke rumah bagi membaca doa semoga perjalanan dipermudahkan dan semoga keluarga ma dan ayah berada dalam keadaan sihat sepanjang ketiadaan di Malaysia. Keluarga ma dengan ayah saya tak ikut hantar sebab mereka tinggal jauh dan ada yang bekerja tetapi tidak minta cuti jadi ayah saya minta keluarga angkat saya hantar ke Kelana Jaya. Saya tidak dapat naik kereta ayah saya semasa pergi kerana tidak muat kerana adik-beradik saya semua ikut jadi saya terpaksa dengan rela hati menaiki kereta keluarga angkat saya.
 
   Semasa di Kelana Jaya saya berasa semua orang di sekeliling saya sedih kerana terpaksa mengizinkan orang tersayang mengerjakan Rukun Islam yang ke-lima iaitu mengerjakan ibadah haji bagi yang mampu. Sesudah selesai hantar ma dan ayah saya balik rumah. Waktu malam saya hantar kakak saya ke universiti dan saya terpaksa tidur di rumah keluarga angkat saya lebih kurang seminggu lebih sementara menunggu kakak saya cuti semester.





Sekian, terima kasih

Isnin, 1 Oktober 2012

PMR

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

     Esok saya akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) setelah tiga tahun saya belajar di sekolah menengah.Saya berharap dapat menjawab soalan dengan tenang dan mengingati apa yang saya telah ulang kaji.Saya meminta jasa baik pengunjung blog saya mendoakan agar saya mendapat 8A dalam PMR.

   Sekian, terima kasih