Selasa, 30 Oktober 2012

Resepi 2 : Sagu Delima

    Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya dengan semangat saya nak buat sagu delima daripada buku 1 Hari 1 Resepi ditulis oleh Chef Hanieliza tetapi nasib tidak menyebelahi saya kerana sagu yang saya buat lembik. Saya mengambil keputusan letak sagu dalam peti ais dan apabila saya buat keluar masih lembik lalu saya ambil sagu dengan berhati-hati supaya menjadi bentuk empat segi lantas mengaul sagu dengan kelapa parut.


Bahan A:~
1 cawan sagu biji
3 cawan air 
1 cawan gula (kalau terlebih manis kurangkan kandungan gula)
1 sudu teh pewarna merah1 helai daun pandan (disimpulkan)


Bahan B:~
1/2 biji kelapa parut muda
sedikit garam digaul rata


Penyediaan:~ 
 1. Sagu biji dibersihkan,rendam sebentar dan tuskan.
 2. Masukkan air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Buangkan daun pandan.
 3. Masukkan sagu serta pewarna merah. Kacau hingga sagu kembang. 
 4. Apabila sagu kembang, angkat dan masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. 
 5. Apabila sejuk, potong dan gaulkan dengan kelapa parut muda yang digaulkan dengan garam. 
 6. Sedia dihidangkan.

Sekian, terima kasih

Tiada ulasan: