Jumaat, 27 Disember 2013

Kini Kembali

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Sudah beberapa bulan menyepi dan kini kembali dengan semangat baru. Mesti pengunjung blog saya pernah terbaca entri bahawa saya akan menutup blog ini, tetapi disebabkan sesuatu yang tidak boleh dielakkan saya akan terus menulis di blog ini. Setakat ini sahaja coretan saya kali ini dan saya berharap masih ada yang sudi mengunjungi blog yang serba kekurangan ini.

Sekian, terima kasih

Ahad, 23 Jun 2013

Jerebu

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Sejak beberapa hari ini, jerebu semakin meningkat di kebanyakan kawasan. Apakah punca jerebu? Seperti biasa, kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi punca. Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatea pada 15 Jun 2013.

Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk ke semenanjung dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.
Ini juga membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.. Hanya Hujan lebat atau ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan. Tempoh hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.
Adakalanya adalah tidak adil untuk terus menuduh aktiviti pembakaran terbuka sebagai punca kerana musim kemarau dan kepanasan bumi di tanah gambut di sana mampu menyebabkan kebakaran dengan sendirinya. Ini juga berlaku di beberapa kawasan dalam negeri Johor, Melaka dan Selangor. 



Oleh itu, kerajaan telah mengambil beberapa  langkah untuk mengatasi masalah ini. Antaranya:
  1. Mengeluarkan perintah penutupan semua pejabat sama ada kerajaan dan swasta dan lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, pembinaan dan kuari.
  2. Menentukan semua sekolah ditutup.
  3. Menghadkan pengurangan penggunaan kenderaan persendirian.
  4. Menentukan pemberhentian kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah.
  5. Menentukan penyebaran maklumat Indeks Pencemaran Udara (IPU) kepada media massa dijalankan seberapa kerap.
  6. Penguatkuasaan pengharaman pembakaran secara terbuka.
    Bagaimanapun, langkah penutupan yang dikuatkuasa itu tidak membabitkan:
    • Kedai-kedai yang menjual barang-barang makanan dan minuman, pasar dan pasar raya
    • Klinik, farmasi dan kedai-kedai ubat
    • Perkhidmatan-perkhidmatan perlu.

 Sekian, terima kasih

Jumaat, 21 Jun 2013

Review Novel 4 : VT

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Hari ini dengan rasa bersemangat saya cuba review novel VT pula. Untuk yang tidak tahu VT bermaksud volleyball team.

Sinopsis belakang novel :
Sepuluh tahun selepas mencipta fenomena - menewaskan juara terkenal, SSNP, pasukan bola tampar MATRI tenat dan hampir dibubarkan, hinggalah datang Hussam, jurulatih misteri.

Hussam menggalas cabaran 'merawat' 12 pemain yang pelbagai masalah dan ego. Hussam yang tahu rahsia Cigu Senan, yang meletakkan Aril dan pemain-pemain SSNP lain di kedudukan tanpa saingan. Hussam jugalah yang tahu potensi sebenar Asyraf, anak muda berdarah panas yang sedang dijinakkan.

Siapa sebenarnya Hussam? Mampukah Hussam membawa Asyraf dan 'pemain-pemain sampah' MATRI mencalarkan rekod 25-0  SSNP lima tahun berturut-turut? Dapatkah Hussam menggunakan formula Islam untuk membawa angin baru ke dalam Avant Garde, pasukan tenat yang sedang dipulihkannya? Bagaimana Hussam menangani konflik Asyraf dan bapanya, konflik Asyraf dan Aril, serta konfliknya sendiri dengan Cikgu Senan di luar gelanggang?

Di tangan Hussam, setiap taktik dan strategi adalah rahsia dan ada kejutan!


Review saya :
 Disebabkan sinopsis belakang novel telah menceritakan serba sedikit, maka saya akan review daripada sudut lain . Pertama, bagi saya pemilihan watak bersesuaian dengan realiti kumpulan bola tampar Ma’had Attarbiyyah Al-Islamiah Perlis (MATRI), dan kesemua watak yang dipaparkan di dalam novel ini adalah watak sebenar di dalam pasukan bola tampar tersebut. Lihat beberapa nama yang diambil sebagai watak- watak di dalam novel tersebut, seperti watak Zulkarnain, Farhan, Abdul Qahar, Ustaz Saiful Rahman, Ustaz Mahadzir, dan sebagainya. Mereka ini adalah pelajar- pelajar asal MATRI yang bermain untuk pasukan bola tampar sekolah tersebut dan secara kebetulan pasukan mereka menjulang trofi utama kejohanan bola tampar Majlis Sukan Sekolah- Sekolah Perlis (MSSP’S) untuk 2008.

Selain itu, plot yang disusun sepanjang penceritaan novel ini, ditumpukan dengan bebrapa kaedah, antaranya imbas kembali, seperti watak Asyraf yang mengimbas kembalik detik- detik kemerosotan sukan bola tampar di sekolah tersebut, selain dialog Ustaz Saiful yang mengimbas kembali semua taktik kotor Cikgu Senan di dalam karier beliau.
Pemilihan latar juga merupakan satu ciri penting di dalam menghasilkan sesuatu karya yang bersifat realiti, contohnya pemilihan tempoh persekolahan dari awal semester pertama (Januari) sehingga akhir cuti persekolah semester tersebut (akhir Mei- awal Jun), di samping pemilihan waktu kejohanan di pertengahan bulan Mei. Selain itu, penulis mengambil contoh beberapa tempat sebagaai rujukan latar ,misalnya pemilihan Perkampungan Tunjong, Beseri Perlis; di samping beberapa nama kampus di wilyah tengah dan selatan semenanjung, iaitu UIAM, USIM, KOUITHO, dan UTM. Manakala suasana masyarakat yang digambarkan di dalam novel ini digambarkan sebagai kumpulan pelajar yang menuntut di MATRI, Sekolah Sukan Negeri Perlis (SSNP), dan beberapa latar masyarakat penuntut institut pengajian tinggi (IPT).
Dari sudut gaya bahasa, penulis novel menggunakan langgam bahasa santai, yang tidak memberatkan pembaca untuk memahami apa yang digarap oleh penulis di dalam karya beliau, selain itu, penggunaan teknik dialog dan monolog diseimbangkan supaya pembaca tidak cepat bosan di dalam membaca dan menghayati novel tersebut. Setiap hujung bab di dalam novel itu ditutup dengan teknik saspen, supaya pembaca tertanya-tanya apakah kesudahan setiap bab tersebut.
Sebagai kesimpulannya, novel ini merupakan satu percubaan Hilal Asyraf yang mampu menarik golongan remaja untuk membaca dan membelinya. Novel ini juga boleh dikatakan mampu untuk menandingi kehebatan novel pop-islam yang terkenal seperti Ayat- Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan sebagainya. Mungkin inilah masanya untuk kita mengubah selera pembacaan kita daripada novel- novel pop-islami dan picisan kepada karya berunsur islam keseluruhannya.
Sekian, terima kasih

Rabu, 19 Jun 2013

Review Novel 3 : Hero

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya ingin review novel hero sempena hari bapa kerana bagi saya jasa seorang bapa begitu banyak dalam membesarkan anak-anak. 

Sinopsis belakang novel :
Hero. Seorang perwira yang muncul di kota raya Angsana semenjak dua tahun yang lalu, bertindak sebagai penjaga kepada kota raya yang dibina oleh sepuluh jutawan Islam.

Syaitan Bertopeng, satu organisasi penjenayah yang berkuasa di kota raya Angsana menjadi musuh utama kepada Hero. Syaitan Bertopeng terus berjaya dalam gerak kerja mereka. Kini, enam daripada sepuluh jutawan Islam telah mati dan Hero percaya bahawa Syaitan bertopeng bertanggungjawab. Namun, dia tidak mampu mencari bukti dan penyelesaian.

Di tengah keserabutan jiwanya, muncul satu antagonis misteri menggoncangkan lagi suasana, Akuma. Ini menyebabkan Hero semakin terhimpit dan perjuangannya dirasakan sia-sia. Konflik bertambah dengan Amir Faheem, identiti sebenar Hero, terpaksa berkahwin dengan Afeefah Husna, seorang perempuan solehah untuk menyelamatkan harta warisan babanya. Amir Faheem terperangkap kerana dia adalah perokok egar dan seorang yang tidak mendirikan solat!

Apakah Hero mampu menyelamatkan kota raya Angsana yang dibina atas keimanan itu?? Apakah dia mampu menyelamatkan jiwanya??



Review saya :
Bagi saya novel ini membawa latar tempat ala-ala Spiderman. Yang paling saya tabik ialah novel ini islamik! Hero atau Amir Faheem [Afam] yang pada mulanya dia sesat, akihirnya dia ke arah kebenaran setelah ditarbiyah oleh Pak Arbi [pembantu rumah], Mak Cik Amirah [adik ayahnya], Mr. Umayer [pencipta sut Hero], dan paling istimewa sekali, Husna, isterinya.

"Eh, kenapa dia di sini?" Afam itu bertanya.


"Ha, inilah dia, makcik kenalkan. Bakal isteri kamu, Afeefah Husna." Tubuhnya ditarik lembut mendekati Mak Cik Amirah.


Dia dapat melihat mata lelaki itu membesar.


Hatinya juga sudah tunggang terbalik.


"Husna, ini Amir Faheem."


Awal perkenalan sudah dimulakan dengan dua mata bertentang garang seakan mahu memancarkan sinar laser.


Amir Faheem terpaksa berkahwin dengan wanita yang solehah seperti Husna kerana jika tidak, seluruh harta pusaka ayahnya, Amir Muiz akan disedekahkan kepada anak yatim dan tidak boleh diceraikan. Mahu tidak mahu, Afam terpaksa menurut wasiat ayahnya. Pada awalnya, Husna tidak tahu pun yang suaminya adalah seorang Hero. Dia hanya tahu yang Afam ini suka berfoya-foya pada tengah malam. Padahal, Afam telah lama meninggalkan dunia maksiat itu demi membanteras korup. Afam terpaksa merahsiakan perkara ini daripada Husna kerana dia bimbang Husna akan menjadi buruan sang penjahat.


Husna tidak jemu-jemu menyuruh Afam menunaikan solat dan berhenti merokok. Akhirnya, Afam berubah menjadi Hero yang beriman dan kuat untuk menentang Syaitan Bertopeng dan konco-konconya bersama-sama Tengku Amiri, Inspektor Ikhwan, Tengku Saifullah, Saifullah dan lain-lain demi menjaga ummah di Kota Raya Angsana dan memahami apa tujuan arwah ayahnya menyuruhnya berkahwin dengan wanita solehah.

Dan hero yang sebenarnya ialah Rasulullah SAW.

Melalui novel ini pelbagai pengajaran yang boleh kita ambil daripada novel ini ialah Islam itu adalah sesuatu yang mudah jikalau kita memikirkannya ia adalah mudah. Buku ini telah membuatkan saya terasa bahawa semua aktiviti seharian kita adalah berlandaskan Islam. Sejauh mana pun kita telah terpesong, masih terdapat ruang untuk kita bertaubat dan kembali semula ke pangkal jalan kerana Allah itu Maha Pengampun.

Hero ada aksi, ada cinta, ada komedi dan intipati yang paling penting adalah tarbiahnya. Saya syorkan pada pengunjung blog saya yang sukakan menjadi dirinya sebagai hero kepada seseorang supaya membaca novel ini.

Sekian, terima kasih

Ahad, 16 Jun 2013

Review Novel 2 : Sinergi

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Sudah sekian lama saya tidak menulis entri di blog ini. Hari ini saya ingin review novel yang baru sahaja dibeli  di Pesta Buku Antarabangsa 2013.  Alhamdulillah saya dapat menghabiskan membaca novel Hilal Asyraf setelah lama disimpan.

Sinopsis novel :
Ukhwah dua sahabat, Rasyid Zakwan dan Irfan Hakimi, menyebabkan 'aura' harmoni kepada masyarakat sekeliling khususnya pelajar Melayu di Jordan. Konflik mula timbul dengan dengan kehadiran Sara Nasuha. Bukan konflik dengki-mendengki tetapi konflik untuk menjaga kelangsungan ukhuwah yang berlandaskan keimanan.

Disaster Five hadir dengan misi membuat kacau bilau. Konflik dua sahabat diambil sebagai peluang keemasan bagi merosakkan ukhuwah mereka. Irfan dan rakan-rakan bertindak balas untuk 'menawan'. Tetapi, siapa yang menawan siapa?

Sebesar-besar dendam dan selicik-licik Disaster Five, ada insan yang lebih besar dendamnya dan lebih licik tindakannya. Dia ialah...Secret.



Review saya :
Sinergi berkisarkan tentang keimanan sebagai paksi dalam kehidupan seorang hamba Allah. Aspek keimanan sangat jelas ditekankan dalam setiap tingkah laku dan gerak kerja dua watak utama dalam novel iaitu Irfan Hakimi dan Rasyid Zakwan.

Ibarat bangunan
Yang Menentukan keutuhannya adalah dasar binaan
Maka yang memutuskan kehidupan insan
Adalah keimanan adalah TUHAN

Iman ialah sesuatu yang sangat abstrak untuk saya terjemahkan ke dalam kata-kata yang sebenarnya kerana masing-masing mempunya pelbagai tafsiran dan pandang sisi tapi masih lagi berpgang kepada satu prinsip iaitu Beriman kepada Allah SWT merupakan paksi atau prinsip utama dalam kehidupan seseorang hamba Allahitu. Bahawa seseorang insan itu datangnya dari Allah dan kembalinya juga kepada Allah. Maka, kehidupannya di atas muka bumi ini seharusnya juga untuk Allah.

Keimanan kepada Allah SWT adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan insan. Iman adalah kepercayaan dan keyakinan. Kepercayaaan dan keyakinan kepada azab seksa dan balasan ganjaran daripada Allah SWT, adalah benteng utama dalam memandu manusia menjalani kehidupan yang baik dan mendapat pengakhiran yang terbaik.

Jika iman menjadi perlembagaan, maka segala perintah Allah SWT akan menjadi papan penunjuk arah kepada perjalanan insan. Bukan nafsu dan bukan perasaan. Kepimpinan yang menjadikan keimanan kepada Allah SWT sebagai titik tolak dirinya melaksanakan tanggungjawab, tidak akan dirasuk dengan kekuasaan, ketamakan dan hasad dengki. Hal ini sekaligs mengelakkan situasi seperti gila kuasa, menyalahgunakan kuasa dan sebagainya.

Hanya keimanan sahaja, yang mampu memandu seseorang itu ke arah kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan. Hal ini kerana, keimanan hanya akan membawa manusia mentaati apa yang Allah perintahkan dan apa sahaja perintah Allah SWT  itu adalah satu kebaikan.

Istilah Sinergi diperkenalkan oleh Irfan apabila menceritakan perihal hubungan. Irfan berkata bahawa, apa-apa pun hubungan baik untuk tujuan kerja, ukhuwah dan apa-apa sahaja tujuan, perlulah dibina atas dasar iman. Barulah melahirkan Sinergi, yakni 1 + 1 = 3.  ' Tambah' di dalam formula itu adalah keimanan, menyebabkan daripada dua bertambah satu lagi menjadi tiga. Tambahan satu lagi itu adalah keluarbiasaan yang berlaku apabila dua itu dihubungkan oleh keimanan.

Satu ditambah satu menjadi tiga
Bukan dua jawapannya 
Kerna dua individu bergabung atas keimana merka 
Akan melahirkan sesuatu yang luar biasa 
Hingga dapat mengubah dunia 
Itulah sinergi kita
Sinergi manusia yang beriman kepada-Nya

Subhanallah. Novel sinergi sangat hebat bagi saya kerana mampu menyedarkan, mengejutkan diri dari lena yang lama dan iman. Ada kalanya diri ini terlupa pada prinsip utama hidup ini yang sememangnya telah ditetapkan oleh Allah. Apabila hamba Allah itu berpegang teguh dengan prinsip ini, maka seluruh kehidupannya di dunia mahupun syurga akan menjadi sempurna.

Saya berharap dengan adanya entri ini ramai pengunjung cuba berjinak-jinak dengan karya Hilal Asyraf kerana dia menerapkan pelbagai unsur seperti persahabatan, percintaan dan sebagainya.

Sekian, terima kasih


Khamis, 23 Mei 2013

Kali terakhir

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

   Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca blog saya. Selepas ini saya akan meneruskan menulis di blog juga tetapi dalam gaya bahasa yang lain dan tidak menggunakan url yang sama.

Sekian, terima kasih

Sabtu, 23 Februari 2013

Tips Memilih Aksesori

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

    Terdapat banyak jenis aksesori yang boleh dipakai untuk menghias tudung, sama ada daripada hiasan kerongsang, klip, pin, cincin, kalung, gelang, dan sebagainya. Namun tidak semuanya sesuai dagayakan. Oleh itu, saya ingin berkongsi tip memilih aksesori kepada pengunjung blog saya.

1. Pilih aksesori yang kecil jika anda banyak melakukan aktiviti luar agar tidak terkesan berat dan lebih praktis.

2. Pakailah aksesori kasual dengan warna pastel untuk siang hari.

3. Aksesori berkilat dengan taburan permata sesuai digayakan pada tudung malam hari.

4. Pakai hanya satu aksesori saja kecuali jenis sepit atau klip yang biasa anda sisip pada sisi tudung.

5. Jika kamu menyukai aksesori bentuk haiwan, pastikan ia bersaiz kecil atau tidak terlalu besar.

6. Hindari dari memakai klip, kerongsang dan pin yang bergemelap pada satu tudung. Anda seolah kedai emas bergerak!

7. Untuk tampil kreatif, anda boleh menggunakan hiasan unik seperti kalung, cincin, gelang atau pengikat rambut untuk tudung anda.

8. Kenakan kerongsang bercorak besar hanya pada tudung polos sahaja.

Sumber : Kompilasi Istimewa Dara.com 2006

Sabtu, 16 Februari 2013

Resepi 7 : Muffin Pisang Coklat

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Semalam saya buat mffin pisang coklat kerana pisang banyak dekat rumah tetapi saya ada tinggal sedikit untuk ma saya buat cekodok pisang. Saya cuma menambah 1 cawan pisang untuk menjadi pisang sebagai bahan utama saya.




By ; Chef Hanieliza
Rujukan : Hanieliza's Cooking
Sumber : Qasey Honey dan Kak Azlita

Bahan
140 gm butter atau majerin
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
2 cawan tepung gandum ] ayakkan
1 s/k baking powder ]
1 cawan pisang - hancurkan [4 biji pisang berangan]
2 s/b susu tepung
1/2 cawan coklat rice

Cara
1. Gaulkan butter dengan gula sehingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau sebti.
3. Masukkan tepung yg telah diayakkan.
4. Masukkan pisang dan susu tepung. Kacau rata.
5. Masukkan coklat rice dan kacau lagi.
6. Masukkan adunan dalam muffin cup.
7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan atas redai kueh dan hidangkan.


Sekian, terima kasih

Sabtu, 9 Februari 2013

Resepi 6 : Chocolate Milo Crepe

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Setelah sekian lama ma saya beli kuali non-stick kini baru saya guna untuk membuat chocolate milo crepe. Di sini saya ingin memberitahu pengunjung masalah yang dihadapi sebelum membuat chocmilo crepe :
 *  non-dairy whiping cream habis terpaksa keluar pergi beli semalam.
 *  soft chocolate/ chocolate spread tak ada saya guna coklat masakan dan gunakan teknik double boling.
 *  pewarna brown tak ada
Tetapi saya tidak berputus asa untuk membuat dan gambar di bawah adalah hasilnya.




By : Mimi Norsila
Rujukan : Kesayanganku Kehidupanku

Bahan :
 - 100g tepung gandum
 - 100g tepung ubi


 - 50g tepung jagung
 - 50g tepung kastard
 - 200ml susu cair
 - 600ml air biasa
 - 4biji telur A
 - 5sdb gula
 - 5sdb minyak masak (saya terlupa nak letak)
 - 2sdb serbuk koko
 - 1sdt choc emulco 
 - sedikit esen vanila
 - sedikit pewarna brown ( saya tak letak )
Cara-Cara
1. Campurkan semua bahan-bahan tepung gandum,tepung ubi, tepung jagung, tepung kastard,susu cair,air biasa,4 biji telur,gula, minyak masak,serbuk koko, choc emulco,esen vanila & pewarna coklat. 
2. Kacau sampai sebati menggunakan whisk. 
3. Tapis dan masak atas kuali leper.
Filling
-Whiping Cream (Value Pride) *my choice ^__^
-Soft chocolate/chocolate spread ( saya guna coklat masakan )
-Milo
Cara-caraFilling
1. Pipe kan cream>Soft chocolate>Milo>Soft Chocolate 
2. Tutup balik dengan Whiping cream 
3. Kemudian lipat kulitnya.

p/s : rasanya masih sedap walaupun saya tidak mengunakan resepinya 100 peratus.

Sekian, terima kasih

Jumaat, 8 Februari 2013

Review Novel 1 : Satu Janji

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Tujuan saya menulis entri ini ialah untuk berkongsi apa yang telah saya baca dan mengajak anda membaca novel yang saya review. Untuk pengetahuan anda saya mengambil masa dua hari untuk membaca dan memahami jalan ceritanya. 

Sinopsis belakang novel :
Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan,air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman.

Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya mrnjadi racun berbisa di hati Adelia. Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula.
Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.






Review saya :

Satu janji berkisarkan sebuah kisah tentang penderitaan seorang lelaki yang terpaksa berhadapan dengan janjinya sendiri. Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesedihan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman.

Luqman Hakim, ialah seorang anak yatim yang dibesarkan oleh sebuah keluarga angkat kaya dan sangat menyayanginya.

Kisahnya bermula, apabila tragedi pembunuhan Dato' Abdullah ( ayah angkat Luqman) telah membuka satu rahsia yang tersimpan di syarikat Dato' Abdullah. Luqman kemudian, menggalas tanggungjawab di pejabat bagi menggantikan ayahnya. Dalam kes pembunuhan Dato' Abdullah, Khalid disyaki oleh pihak polis kerana pada malam kejadian Khalid bertengkar dengan Dato' Abdullah.

Ketika Luqman pergi melawat rumah anak yatim dia jatuh cinta pada Adelia Mustapha saat memandangnya. Seterunya pertemuan di gerai milik keluarga Adelia membuatkan dia belajar cara menebar roti canai daripada Kadir dan dia menyamar sebagai penebar roti canai untuk menghampiri Adelia. Dia mahu Adelia jatuh cinta padanya kerana dirinya, bukan pada harta bendanya. Malangnya, usaha untuk memikat Adelia sukar kerana Adelia sudah punya pilihan hati, tetapi kerana keterlanjuran janji Adelia pada keluarga " mana-mana lelaki yang masuk meminangnya dahulu itulah calon suaminya", membuatkan pinangan Luqman terpaksa diterima Adelia tanpa rela.

Kasih dan cinta yang Luqman beri pada isterinya itu, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia. Dia tidak dapat menerima Luqman malah membenci suaminya. Namun, janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula.

Disebabkan satu insiden, Luqman dan Adelia terpisah. Berbagai cara yang digunakan oleh Luqman untuk menyelamatkan isteri kesayangan itu walaupun dia tahu kehadirannya di sisi Adelia bakal menambahkan lagi derita di hati Adelia. Disinilah, penculikan Adelia menjadi titik tolak permulaan segala-galanya terungkai. Akhirnya, selepas insiden ini Adelia mula jatuh hati pada Luqman. Namun, Luqman menyipikan diri kerana janji yang dibuat bersama Adelia. Adelia mula rasa bersalah.

Akhirnya, disebalik janji seorang Luqman Hakim, ada seorang yang menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melasanakan satu janji yang pernah terungkai. Siapakah dia? bacalah dalam novel...

Yang mengejutkan, Laila sebenarnya adalah anak kepada tukang cuci di syarikat Luqman (ibu tiri Luqman). Dan dari situ, terungkailah sejarah kenapa dan bagaimana Luqman telah dihantar ke rumah anak yatim. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut penutupnya belilah novel ini di kedai yang berhampiran atau meminjam daripada orang.

Sekian, terima kasih


Ahad, 3 Februari 2013

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Semasa melawat blog orang saya ternampak giveaway yang dibuat oleh Intan Berlian jadi saya nak sertai sekali. Buat pengetahuan anda hadiah yang ditawarkan adalah sebanyak 30 barang dan hadiahnya sangat berbaloi. Jomlah beramai-ramai sertai giveaway ini mana tahu anda bertuah.




1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2013

Sekian, terima kasih

Sabtu, 2 Februari 2013

Karnival Karangkraf 2013

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

        Pintu Gerbang (sumber : facebook Alaf 21)

        Hari ini saya, adik dan ma saya pergi ke karnival karangkraf yang bertempat di  Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam. Kami bertolak lebih kurang pukul 7 lebih dan semasa kami hendak membeli tiket KTM Komuter di kaunter terdapat pemberitahuan yang bertulis " semua penumpang haruslah turun di stesen Komuter Sentul dan mengambil bas untuk ke stesen yang berikutnya. Rupa-rupanya pemandu bas hantar semua penumpang  ke stesen Komuter Kuala Lumpur saya ingatkan hantar sebelum stesen itu. 


      
Kad diskaun my.karangkraf (sumber : facebook Alaf 21)                                       
                                              
        Sesampainya di Perkarangan Kumpulan Media Karangkraf seorang daripada pekerjanya bagi kepada ma borang daftar kad diskaun my.karangkraf dan harga bagi kad RM5.00 semasa karnival karangkraf manakala RM20.00 harga asal. Seterusnya kami ke booth langgan majalah untuk membuat pembaharuan dan pembelian majalah. Pada tahun ini saya langsung tak beli novel cuma melawat booth yang disediakan dan mengisi borang kaji selidik. Semasa lalu di booth TV Al Hijrah kami tengok Chef Ammar sedang membuat falafel iaitu makanan masyarakat India dan dia ada cakap sepuluh biji falafel seorang makan nak lagi. Rasa falafel ini sedap dia menggunakan kacang dal dan bahan lain saya tak tahu.


        
Suasana booth novel (sumber : facebook Alaf 21)

       Semasa di stesen Komuter Shah Alam nak beli tiket melalui mesin yang disediakan ada masalah sedikit iaitu duit kertas sama ada yang baharu atau lama tidak diterima dan nasib baik bila tiba giliran saya nak beli duit syiling ada dalam simpanan. Akhirnya sampai rumah pukul 3 lebih.


Antara penulis novel yang hadir (sumber : facebook Alaf 21)

p/s : tidak rugi bagi sesiapa yang minat membaca novel dan buku.

Jumaat, 1 Februari 2013

Pesta Buku Malaysia atau Karnival Karangkraf

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

      Kenapa tarikh dekat? susah nak pilih sebab dua-dua nak pergi tetapi kena pilih salah satu. Setelah berfikir secara rasional saya pilih karival karangkraf. Kenapa karnival karangkraf? sebab kebanyakan penerbit yang ada di Pesta Buku Malaysia akan ada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dan  tidak banyak penerbit yang buka booth. Kepada pengunjung blog saya ada soalan apakah yang anda akan pilih sama ada Pesta Buku Malaysia atau Karnival Karangkraf dan beri sebab kalau sudi tolong komen.

Sabtu, 26 Januari 2013

Siti Hajar Binti Ahmad Sabir

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera
Di laman sosial seperti facebook, blog dan lain-lain kini heboh dengan coretan mengenai Siti Hajar Ahmad Sabir. Adakah dia artis? bukan tetapi  namanya sentiasa meniti di bibir rakan-rakan dan sahabat handai. Nama Siti Hajar tersebar tentang keperitan dirinya berjuang dalam sakit akibat kemalangan jalan raya. Ketabahan dan kecekalannya, membuatkan keluarga serta rakan-rakan bangga terhadapnya. Namun Allah SWT lebih menyayangi dirinya apabila beliau telah kembali kerahmatullah pada 20 Januari 2013.
hajar
 Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.
7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’
8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.
10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.
12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah. Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.
13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.
Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’
14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.
Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget – masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambil alih.
16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.
Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak.Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.
Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.
17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.
Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.
Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.
18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.
19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu.Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.
Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.
Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.
Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.
Sekian, terima kasih

Sabtu, 5 Januari 2013

Kerja Sekolah

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

       
        Walaupun SPM tahun depan tetapi cikgu telah beri tahu berapa helai kertas yang wajib jawab, markah dan sebagainya. Hari pertama ingatkan kerja sekolah tak banyak sebab tiada peperiksaan besar, sampai hari ke-3 banyak sangat kerja sekolah yang cikgu bagi ada dalam 5 subjek. Sekarang ini dalam proses menyiapkan semua kerja sekolah yang cikgu beri. Saya nak nasihat kepada sesiapa yang akan menduduki PMR 2013 jangan ingat 2014 anda boleh goyang kaki.

Wassalam

Jumaat, 4 Januari 2013

Kembali ke sekolah

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

       Saya ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah bagi pengunjung blog saya yang masih bersekolah. Sehari sebelum itu saya pergi ke sekolah nak tengok kelas aliran mana saya masuk. Di sekolah saya terdapat empat aliran elektif iaitu Sains Tulen, Perakaunan, Ekonomi dan Perdagangan. Hari kedua sekolah ada taklimat mengenai aliran elektif dan saya baru tahu kelas saya aliran ekonomi. Saya ada satu soalan kepada pengunjung blog saya adakah saya teruskan aliran ekonomi atau saya tukar aliran lain?

Wassalam